Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN

Bilangan Murid:
25 orang
Masa: 30 minit

Tema : Kenderaan
Sub Tema  :  Kenderaan Darat
Komponen :  Bahasa dan Komunikasi


Standard Kandungan
BM 1.2  Mendengar dan mengecam bunyi perkataan
BM 3.8  Membaca ayat dalam konteks

Standard Pembelajaran
BM 1.1.5  Mendengar lagu dan cerita serta memberi respon.
BM 1.1.2  Mengenal perkataan dengan bunyi suku kata awal yang berbeza.
BM 3.8.1  Membaca ayat-ayat dalam konteks dengan intonasi yang betul dengan bimbingan

Objektif :
1. Murid-murid dapat mengenal kenderaan darat dan ciri-ciri kenderaan darat.
2. Murid-murid dapat mengenal suku kata awal yang berbeza.
3. Murid-murid dapat membaca ayat ringkas.

Bahan-bahan:
Gambar kenderaan ( kereta, motorsikal, basikal, lori, bas, van, beca), flash card perkataan (kereta, motorsikal, basikal, lori, bas, van, beca), video(kenderaan bergerak) dan slideshow kenderaan

Pengetahuan sedia ada pelajar:
1.Murid sudah mengenali kenderaan darat.
2.Murid sudah pernah menaiki kenderaan.

Set induksi (3 minit)
1.Guru menunjukkan video lagu (bapaku pulang) pada kanak-kanak.
2.Guru bersoal jawab dengan murid secara individu dan beramai-ramai.
    a) Ayah siapa ada kereta?
    b) Siapa yang ada motorsikal?
    c) Siapa yang ada basikal
    d) Apakah warna kenderaan kamu?
3.Guru menunjukkan powerpoint gambar kenderaan darat
4. Guru memberitahu murid bahawa hari ini kita akan belajar tentang kenderaan darat

Aktiviti 1(7 minit)
1.Guru menunjukkan gambar kenderaan ( kereta, motorsikal, basikal, lori, bas, van, beca), kepada  
   kanak-kanak melalui gambar yang terpapar dalam blog.
2.Guru menunjukkan perkataan kenderaan ( kereta, motorsikal, basikal, lori, bas, van, beca),  kepada murid
   melalui perkataan yang ada pada blog.
3.Guru menybut nama-nama kenderaan dan murid mengikut guru.
4.Guru memberitahu ciri-ciri kenderaan
  - mempunyai roda
  - berbumbung
  - bergerak di atas jalanraya

Aktiviti 2 (7 minit)
1. Guru menunjukkan kenderaan ( kereta, motorsikal, basikal, lori, bas, van, beca),
2. Guru membacakan ayat yang tertera pada blog
3. Murid mengikut apa yang guru baca.
4. Membaca ayat mudah secara kumpulan dan individu
5. Murid membuat ayat sendiri mengikut kreativiti dan contoh yang diberi secara lisan.

Aktiviti 3 (10 minit)
1.Guru menunjukkan memadankan gambar dengan perkataan.
2.Guru meminta murid mewarna gambar kenderaan dengan kemas.
3. Menulis 1 ayat ringkas untuk setiap gambar.
  -  Ini Kereta
  -  Ini Basikal

Penutup (3 minit)
1.Guru bersoal jawab dengan kanak-kanak secara individu dan beramai-ramai tentang perkara yang
   dipelajari hari ini.
a) Apakah yang kamu pelajari tadi?
b) Apakah ciri-ciri kenderaan yang kita pelajari tadi?

2. Murid menyanyikan lagu bersama dengan guru


 

Makanan Berkhasiat Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting